Trip to Tioman

Posted by iwan | Posted in



Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya pergi di Pulau Tioman. Pulau Tioman adalah salah satu antara pulau yang tercantik di dunia.



Ini adalah kaunter tiket di Tanjung Gemok, Rompin. Kami bercadang untuk tinggal di Kampung Salang, Tioman. Kami bergerak dari jeti Tanjung Gemok untuk ke Kampung Salang lebih kurang pukul 7.30 pagi.


Ini adalah laluan untuk ke feri jeti Tanjong Gemok.







Pandangan daripada jeti Tanjung Gemok.



Kami sempat juga bergambar di luar sebelum masuk ke dalam feri.


Suasana di dalam feri. Feri ini boleh memuatkan lebih kurang 20 orang penumpang.




Pemandangan di Kampung Tekek, Pulau Tioman. Kampung Tekek antara kampung yang maju dan mempunyai kemudahan seperti sekolah, lapangan terbang, klinik, bank dan sebagainya.




Ini adalah feri yang kami naik untuk ke Kampung Salang. Sebelum sampai ke sini, feri ini akan singgah di kampung2 lain untuk menurunkan penumpang.


Pandangan dari bawah jeti kampung Salang, Tioman.




Antara pemandangan yang dapat saya rakamkan di Kampung Salang.



Ini adalah tempat penginapan kami untuk 3 hari 2 malam. Kami sampai di Kampung salang lebih kurang pukul 10.30 pagi. Apabila sampai kami terus ke chalet yang telah kami tempah. Bayaran untuk 1 malam adalah RM110.




Kami sempat bergambar dengan latar belakang pantai Kampung Salang. Air laut kat sini jernih dan cantik sampai nampak batu karang dekat jeti. Tak salah la kalau Kampung Salang ni antara tempat tumpuan orang ramai.


Pada setiap pagi kami bersarapan di Salang Dream Restaurant. Makanan2 di sini agak mahal sikit dan sedap. Restaurant ini berhadapan dengan laut. Dekat sini juga kita boleh nampak matahari terbenam pada waktu senja.

Bola tampar pantai



Snorkeling

Scuba diving




Kayak

Ini adalah antara aktiviti2 yang dilakukan di Kampung Salang. Aktiviti yang sempat kami lakukan adalah snorkeling. Semasa pergi snorkeling kami juga di bawa melawat ke tempat lain seperti Kampung Tekek dan Taman Laut Tioman.


Ini adalah Taman Laut Tioman. Di sini kami dapat lihat replika binatang2 yang ada di laut. Selain itu, kami juga dapat lihat spesis batu karang yang sebenar dengan lebih dekat.

Kami sempat bergambar untuk hari terakhir sementara menunggu feri sampai.

Pengalaman di Pulau Tioman sangat seronok dan dapat tenangkan fikiran. Lebih2 lagi masa snorkeling. Maklum la baru pertama kali cuba. Hehehe.

Selamat Datang ke Laman Blog Art Classic

Posted by iwan | Posted in


Asalamualaikum....

Saya baru saja membuat blog ni. Blog ni di buat sekadar untuk berkongsi gambar2 atau pengalaman bukan untuk menunjuk2. Sebenarnya saya x pandai sangat buat blog ni. Ni pun disebabkan kawan2 yang banyak membantu. Saya harap kita dapat berkongsi pengalaman bersama2.


sekian....