25
Trip ke Pulau Pangkor
Posted by iwan | Posted in










25
11
Pandangan dari bawah jeti kampung Salang, Tioman.
Ini adalah tempat penginapan kami untuk 3 hari 2 malam. Kami sampai di Kampung salang lebih kurang pukul 10.30 pagi. Apabila sampai kami terus ke chalet yang telah kami tempah. Bayaran untuk 1 malam adalah RM110.
Kami sempat bergambar dengan latar belakang pantai Kampung Salang. Air laut kat sini jernih dan cantik sampai nampak batu karang dekat jeti. Tak salah la kalau Kampung Salang ni antara tempat tumpuan orang ramai.
Pada setiap pagi kami bersarapan di Salang Dream Restaurant. Makanan2 di sini agak mahal sikit dan sedap. Restaurant ini berhadapan dengan laut. Dekat sini juga kita boleh nampak matahari terbenam pada waktu senja.
Scuba diving
Kayak
Ini adalah antara aktiviti2 yang dilakukan di Kampung Salang. Aktiviti yang sempat kami lakukan adalah snorkeling. Semasa pergi snorkeling kami juga di bawa melawat ke tempat lain seperti Kampung Tekek dan Taman Laut Tioman.
Ini adalah Taman Laut Tioman. Di sini kami dapat lihat replika binatang2 yang ada di laut. Selain itu, kami juga dapat lihat spesis batu karang yang sebenar dengan lebih dekat.
Kami sempat bergambar untuk hari terakhir sementara menunggu feri sampai.
Pengalaman di Pulau Tioman sangat seronok dan dapat tenangkan fikiran. Lebih2 lagi masa snorkeling. Maklum la baru pertama kali cuba. Hehehe.
10
© All Rights Reserved. ArT ClaSSic | Designed by NiftyXhtml.com | Converted into Blogger Templates by Theme Craft